Thursday, July 24, 2008
TEMAN YG BCINTA......
Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, walaupun kamu tahu dia telah berteman, & walaupun kamu tahu cintamu mungkin takkan berbalas, tapi kamu tetap mencintainya.... Pernahkah kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa sahaja demi seseorang yang kamu cintai, walaupun kamu tahu dia takkan pernah peduli, ataupun dia peduli & mengerti tetapi dia tetap pergi. Pernahkah kamu merasakan betapa hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bsedih kala bsama, tsenyum tawa kala berpisah. Aku pernah... Aku pernah tersenyum walaupun kuterluka, kerana ku tahu ALLAH tidak pernah menciptakannya utkku. Aku pernah menangis kala bahagia, kerana kutakut kebahagiaan cinta ini akan hilang begitu sahaja. Aku pernah bersedih kala bersamanya, kerana kutakut akan kehilangannya 1 masa nanti. Dan aku pernah tersenyum tawa saat bpisah, kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki, & pastinya ALLAH telah takdirkan yang lebih baik dariku untuknya. Aku tetap mencintainya, biarpun dia tak dapat kurangkul dalam pelukanku, kerana memang cinta ada dalam jiwa, & bukan dalam raga. Semua orang pasti pernah merasakan cinta, baik cinta ibu bapa, sahabat, kekasih & akhirnya pasangan hidup. Buat semua temanku yang sedang jatuh cinta, semoga bahagia kerana cinta itu sangat indah. Semoga kalian selalu bahagia. Buat temanku yang terluka kerana cinta, hidup ini umpama roda yg terus berputar, saat berada di bawah terasa begitu sulit, tetapi percayalah, itu tidak selamanya, bersabarlah & berdoalah kerana cinta yg lain akan datang membawa bahagia. Buat temanku yang tidak percaya pada cinta, buka hatimu, jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia, maka cinta akan membuat hidupmu menjadi bahagia. Buat temanku yang mandambakan cinta, bersabarlah, kerana cinta yang indah tidak terjadi sekelip mata, ALLAH sedang mempersiapkan segala yang terbaik buatmu. Buat temanku yang mempermainkn cinta, sesuatu yang begitu murni & tulus bukanlah untuk dipermainkan. Cinta bukanlah 1 kehampaan. Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta... mulalah merasakan, menghargai cinta dengan ikhlas & capailah kebahagiaan yang seutuhnya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment